Anjuran bersama Village Vision Community Togetherness Coalition dan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Siri Masterclass Pembangunan Komuniti Taiwan-Malaysia 2021 adalah bermatlamatkan asas pemahaman dan pengetahuan pembangunan komuniti di antara Taiwan dan Malaysia. Berlandaskan garis masa yang sama, Pameran “Aktiviti Kemasyarakatan Bersama Komuniti Setempat” Taiwan dan Malaysia akan dapat menonjolkan kesamaan dan perbezaan sedia ada sekaligus dapat ditelusuri pertembungan dan keselariannya dalam usaha pembangunan komuniti di Taiwan dan Malaysia.