Skip to main content

Himpunan HINDRAF

2007
Himpunan HINDRAF

NGO yang terdiri daripada 48 pertubuhan Hindu ini diasaskan pada tahun 2005, dengan tujuan untuk mempertahankan hak dan tradisi Hindu dan India.

Pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2007, HINDRAF menyaman dan menuntut pampasan daripada United Kingdom, dengan dakwaan bahawa UK tidak mengendalikan kaum India dengan baik selepas tamatnya penjajahan, sehingga hak komuniti India tidak terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa ini mencungkil perhatian antarabangsa.

Pada 15 November 2007, HINDRAF mengutus satu memorandum kepada Perdana Menteri UK ketika itu, Gordon Brown.

Pada 25 November 2007, lebih 30 ribu orang penganut Hindu menyahut seruan HINDRAF untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Mereka cuba mengutus satu memorandum, memohon agar Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili generasi nenek moyang kaum India, menuntut pampasan USD2 trilion. Sungguhpun himpunan ini disuraikan polis dengan kekerasan, HINDRAF menjadi ikon dalam komuniti India kerana sifatnya yang melangkaui batas kasta.