1995
Kes saman Projek Empangan Bakun
1995
Kes saman Projek Empangan Bakun
SALCRA ditubuhkan untuk menerokai tanah pertanian. Keluarga petani yang menyertai program ini akan diberi hak milik tanah. Pemilik tanah menampung kos penanaman tanaman yang mempunyai nilai ekonomi. SALCRA pula berfungsi untuk memulih dan menyatukan tanah, menawarkan konsultasi berkenaan tanah dan pertanian kepada pemilik, malah menyediakan kemudahan latihan.
1. Pindaan Kanun Tanah pada tahun 1974 memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk membatalkan hak tanah yang diperolehi orang asal melalui hak adat, menyekat selanjutnya hak tanah kaum asal.
2. Pindaan Kanun Tanah pada tahun 1988 dan 1990 membenarkan korporat, termasuk syarikat Malaysia membeli tanah untuk kegunaan penerokaan, termasuk tanah hak adat orang asal.
3. Beberapa kali kerajaan Sarawak meminda Kanun Tanah dari tahun 1994 hingga 1998, untuk memberi laluan kepada “Konsep Baru”. Pindaan pada tahun 1994 membenarkan pemulihan pembangunan tanah pada skala besar, dan menteri hal ehwal tanah berkuasa untuk membatalkan hak tanah adat orang asal. Pindaan Kanun Tanah pada tahun 1996 mengandaikan tanah dimiliki negara, orang asal yang menuntut pampasan bertanggungjawab untuk membuktikan dirinya memiliki hak ke atas tanah yang dituntut. Pindaan Kanun Tanah pada tahun 1997 memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyatukan tanah adat yang berada dalam kawasan tanah yang diterokai, dan menteri berkuasa meluluskan pajakan kepada badan korporat (body corporate) untuk tempoh tidak lebih daripada 60 tahun. Badan korporat adalah badan yang dianggap orang tempatan oleh kerajaan. Langkah ini menyediakan asas perundangan kepada orang Cina Malaysia yang memiliki syarikat penanaman persendrian, yang mahu menggunakan tanah hak adat orang asal untuk ditukarkan kepada tujuan komersial.
Pindaan Kanun Tanah pada tahun 1998 telah membina mekanisme penilaian dan pampasan, untuk memudahkan pengambilalihan tanah secara paksaan pada hari kemudiannya.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pertama selepas pembentukan Malaysia. Perikatan Sarawak (Parti Bumiputera Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Persatuan Cina Sarawak (SCA)) telah memenangi 23 kerusi, sementara pembangkang, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memperolehi 12 kerusi masing-masing, menjurus kepada situasi “tergantung”. SUPP akhirnya dipujuk dan bersetuju untuk menyertai parti pemerintah, iaitu Perikatan Sarawak.
Festival muzik yang diadakan setahun sekali di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. Pertubuhan pertunjukan dari merata dunia dijemput untuk berinteraksi dengan ahli muzik orang asal di Borneo. Antara program kebudayaannya, makanan tradisional dan moden, karya seni, tarian dan sebagainya. Aktiviti ini dijalankan dalam talian sejak dua tahun kebelakangan ini lantaran penularan wabak Covid-19.
Bakun Region People’s Committee (BRPC) tidak menerima “Rancangan Penempatan Semula” oleh kerajaan. Pengerusi BRPC, Bato Bagi berkata, penduduk kampung di sini akan terus tinggal di atas bumi yang didiami nenek moyang mereka.
Wakil Gabungan (The Coalition of Concerned Non-Governmental Organization on Bakun) yang berprihatin terhadap isu Bakun, telah menghantar wakilnya untuk menghadiri mesyuarat tertutup selama tiga jam bersama pengurusan
Pada hari undang-undang ini berkuatkuasa, pengerusi jawatankuasa penduduk kawasan Bakun, Bato Bagi, bersama penduduk Batu Kalo, Bato Keling, Long Bulan, Long Jawe dan Long Ayak mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Sarawak, dengan dakwaan bahawa pembatalan hak tanah adat orang asal telah bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan negeri Sarawak.
Rundingan antara Bakun Hydro Electric Corporation Bhd dengan ABB-CBPO gagal. Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengumumkan penangguhan projek Bakun. Menurut James Masing, rancangan penempatan semula tetap dijalankan sungguhpun projek Bakun ditangguhkan. Penempatan semula secara paksaan bernama “Operation Exodus” ini telah menukar 15 buah kampung kepada 15 buah rumah panjang di Sungai Asap. Dengan kata lain, nama kampung telah menjadi sejarah. Kampung orang asal yang pertama terkesan ialah Long Ayak kaum Ukit. Rumah panjang yang didiami mereka selepas perpindahan dinamakan Uma Ukit.
Antara tahun 1996 dengan 2001, kaum Penan di Long Sayan melancarkan perjuangan selama lima tahun, dengan sekatan jalan untuk menghalang pembalakan.
Pada Jun 1996, Kumpulan Rimbunan Hijau menceroboh kampung Penan di Long Sayan. Penduduk membuat sekatan di jalan pembalakan. Setelah diberi arahan polis, enam wakil dari kampung itu tampil berunding dengan kumpulan syarikat pembalakan, namun ditangkap polis ketika tiba di Jeti Marudi. Enam orang menyaman pegawai penguatkuasa dan kerajaan Malaysia kemudian atas dakwaan penangkapan yang tidak sah.
Pada tahun 1997, sekali lagi orang Penan membuat sekatan jalan di Long Sayan, meminta agar kerajaan mengiktiraf beberapa persetujuan yang direstui sebelum ini berhubung perlindungan tanah hak adat. Mereka menandatangani persetujuan dengan kumpulan pembalakan yang utama di situ, menggariskan sempadan kawasan simpanan yang tidak boleh dicerobohi kumpulan pembalakan; dan menetapkan pampasan 80 sen pertan kepada kampung jikalau pembalakan berlaku di luar kawasan simpanan tetapi dalam sempadan tanah Long Sayan.
Pada tahun 1998, kumpulan pembalakan mengingkari perjanjian dengan menebang pokok di kawasan simpanan yang ditetapkan. Sekatan jalan dilancar semula, dan orang Penan menuntut agar kumpulan pembalakan berpegang kepada janji sebelum sekatan jalan dibuka. Polis berjanji untuk menyerahkan pampasan yang wajar kepada kampung, dan menghentikan pembalakan di kawasan simpanan.
Pada Mei 2000, sebanyak 20 komuniti Penan membuat sekatan jalan bersama di tiga lokasi, iaitu Long Kevok, Long Nen, Tutoh dan Long Lunyin, masing-masing dikawal kira-kira 200 orang. Pada September, sekumpulan orang Penan yang asalnya tinggal di bahagian hulu Linau River, Belaga turut menyertai tindakan sekatan jalan, sebagai protes terhadap Kumpulan Shin Yang, yang memutuskan hubungan darat dari kampung ke pusat pekan kerana pembalakan. Pada 8 September, 20 ketua kaum Penan dari Apoh/Tutoh dan Akah/Patah bermesyuarat untuk merangka deklarasi, memohon sekali lagi agar aktiviti pencerobohan di atas tanah mereka dihentikan.
Pada 21 Januari 2001, kumpulan pembalakan, wakil kaum Penan dan pegawai Majlis Daerah Marudi mengadakan mesyuarat. Orang Penan di Long Sayan dan Long Belok akhirnya bersetuju untuk merobohkan sekatan jalan. Kerajaan menyatakan hasrat untuk menyediakan bahan binaan kepada orang Penan untuk mendirikan rumah panjang baru, namun tiada alasan orang Penan boleh mempercayai janji itu. Tindakan sekatan jalan di Long Sayan berlanjutan untuk kira-kira sebulan. Tiga kali polis datang tetapi penduduk kampung tetap enggan merobohkan sekatan jalan. Akhirnya sekatan jalan itu dirobohkan kerana kekurangan sumber makanan.
Tiga orang kaum asal dari Long Bulan, Uma Daro dan Baku Kalo di Belaga, iaitu Kajing Tubek (Kenyah, 39), Tahu Lujah (Kayan, 70) dan Saran Imu (Kayan, 48) telah menyaman Ekran Bhd, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Persekutuan Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak dan Kerajaan Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Plaintif mendakwa pemindaan akta oleh defenden telah mencabul hak plaintif untuk mengakses salinan laporan EIA, dan hak untuk menyatakan pendirian dan bantahan sebelum EIA diluluskan.
Pada hari yang sama, Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Persekutuan mewartakan bahawa Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) (Pindaan) 1995 hendaklah berkuatkuasa secara retrospektif mulai 1 September 1994 bersama dengan Ordinan Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak. Dengan perkembangan sedemikian, rayuan Kajing Tubek dan rakan-rakan menjadi sekadar pertikaian akademik.
Pada 19 Jun 1996, kes ini dibicarakan. Hakim Mahkamah Tinggi, James Foong memutuskan bahawa Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) (Pindaan) 1995 adalah tidak sah, Ekran Bhd harus mematuhi penetapan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berhubung prosedur EIA. Pada 11 Julai, Ekran Bhd mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk membekukan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, James Foong berhubung Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) (Pindaan) 1995. Projek Empangan Bakun diteruskan.
Pada 17 Februari 1997, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Projek Empangan Bakun tidak perlu mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pada tahun 1994, UMNO mengambil keputusan untuk masuk ke Sabah dan menyertai pilihan raya Sabah kerana gagal memberi kata dua dalam menentukan calon Ketua Menteri Barisan Nasional. Sejak itu ekosistem politik Sabah berubah. Untuk mengukuhkan kuasa, kerajaan Sabah memulakan projek IC (kad pengenalan) di bawah telunjuk kerajaan Mahathir, membawa masuk imigran Indonesia dan Filipina supaya etnik Kadazan dan Cina dipinggirkan di Sabah.
Empat orang ketua rumah panjang dari Hulu Bakun tiba di Kuala Lumpur, memohon untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Samy Vellu bagi penyerahan memorandum. Memorandum ini menyeru agar kerajaan bertanggungjawab ke atas segala kesan yang menimpa alam sekitar dan penduduk setempat, dari segi adat, tanah dan cara hidup. Sebelum ini, mereka telah menyerahkan petisyen yang ditandatangani 898 orang kepada Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
Temenggong Belaga, Talek Lisut dan ADUN Telaga merangkap pengerusi BDC, Nyipa Bato mendakwa empat wakil tersebut “bukan pemimpin dari komuniti pedalaman”, malah memorandum yang diserahkan itu dipalsukan dengan melampirkan senarai tandatangan untuk satu petisyen tuntutan tanah adat pada tahun 1992, ke atas satu petisyen yang baru. Justeru itu, penduduk tempatan tidak sedar bahawa tandatangan mereka telah dipergunakan untuk membantah projek Empangan Bakun. Menurut Talek Lisut, hampir semua orang asal di kawasan Bakun bersetuju sepenuhnya dengan projek Empangan Bakun.
Untuk mengelakkan pemantauan Kementerian Alam Sekitar dari persekutuan, kerajaan negeri Sarawak menggubal Ordinan Sumber Asli Dan Alam Sekitar yang lebih longgar pada tahun 1994, iaitu tidak mewajibkan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk didedahkan kepada umum dan dikumpul maklum balas daripada orang awam. Pada tahun seterusnya, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Pindaan Restrospektif (Retrospective Amendment), meletakkan laporan EIA Projek Empangan Bakun di bawah bidang kuasa negeri. Dengan itu, kerajaan persekutuan melepas tangan projek yang asalnya di bawah kuasa persekutuan. Lebih-lebih lagi, laporan EIA Empangan Bakun diluluskan secara berperingkat-peringkat, tidak mematuhi syarat dan prosedur kawalan alam sekitar dan projek empangan di antarabangsa.
Bruno Manser, seorang warga Switzerland yang hidup bersama kaum Penan di hutan primer Sarawak, dari tahun 1984 hingga 1990. Sepanjang tempoh ini, beliau mendapati kerajaan bersekongkol dengan pembalak untuk menebang hutan sewenang-wenangnya, di samping mencabul hak asasi orang asal. Beliau pulang ke negara asalnya pada tahun 1991, menubuhkan Yayasan Bruno Manser bersama aktivis alam sekitar untuk menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar dan mempertahankan hak orang asal. Yayasan Bruno Manser masih beroperasi sehingga hari ini, mendedahkan skandal pencabulan hak asasi dan demokrasi, rasuah, penyalahgunaan kuasa kerajaan Sarawak.
Tujuan kerajaan menubuhkan organisasi ini adalah untuk menyelaras antara keperluan dan bantuan terhadap kaum Penan, juga melaksanakan projek pembangunan yang menyasarkan kaum Penan.。
Kegiatan pembalakan berleluasa di Sarawak. Sejak tahun 1987, orang asal mengambil tindakan dengan membuat sekatan jalan secara besar-besaran, untuk menghalang jentera besar daripada memasuki hutan, menebang pokok dan mencerobohi alam semula jadi. Antaranya, beberapa golongan kaum termasuk Penan mempertingkatkan tindakan mereka lantaran tiada saluran untuk mengadu. Mereka membuat 25 sekatan sepanjang jalan pembalakan dari daerah Baram ke daerah Limbang.
Pada tahun yang sama, Dewan Undangan Negeri mengharamkan tindakan menyekat jalan. Mereka yang disabitkan kesalahan ini boleh dipenjara dua tahun tanpa pembicaraan, dan didenda sehingga RM6000. Pada tahun 1988, kerajaan tidak menunaikan janji untuk memantau aktiviti pembalakan, selepas tujuh bulan sekatan dirobohkan. Maka orang Penan membuat sekatan jalan sekali lagi di jalan pembalakan atas tanah hak adat Long Napir. 27 orang ditangkap. Akhirnya kerajaan membayar pampasan lantaran kerosakan jangka panjang yang terjadi ke atas hutan tanah Penan. RM1 juta diperuntukkan setiap tahun sebagai pampasan lantaran projek pembangunan di atas tanah Penan. Namun demikian, hidup Penan bergantung kepada aktiviti pemburuan secara tradisinya, dan mendapat makanan daripada hutan. Setelah kehilangan hutan, mereka hanya bergantung kepada kemahiran pertanian yang agak asing untuk mereka, di atas sebidang tanah yang kecil – untuk menyara hidup kerabat keluarganya yang besar. Jadi, pampasan berbentuk wang dan bahan pembinaan yang ditawarkan kerajaan dan kumpulan pembalakan tidak berguna untuk kaum Penan.
Pada tahun 1989, Penan membuat sekatan di 17 lokasi. Seramai 222 orang ditangkap. Konflik semakin meruncing. Dari latar belakang sedemikian, Persatuan Penan Sarawak (Sarawak Penan Association) akhirnya diluluskan penubuhannya sebagai badan yang sah dari segi undang-undang oleh kerajaan, selepas penantian dua tahun.
Setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru ditubuhkan menang dalam pilihan raya Sabah pada tahun 1985, penyandang asal, iaitu BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) enggan menyerahkan tampuk kuasa, malah berganding dengan parti lain untuk mengangkat sumpah sebagai kerajaan. Situasi politik Sabah mula menyaksikan ketidaktenteraman. Huru-hara mula berlaku pada awal Mac 1986, apabila penyokong USNO berdemonstrasi di depan Mahkamah Tinggi Api-Api, pada masa yang sama berlakunya demonstrasi kecil-kecilan dan serangan menggunakan api di Sandakan dan Tawau.
Golongan berkepentingan menghasut dengan alasan bahawa pengasas PBS ialah kristian, yang didakwa tidak berlaku adil kepada muslim. Salib dicat di luar Masjid Sembulan, dan akhirnya mencetuskan huru-hara. Suasana hubungan etnik menjadi tegang ketika itu.
Kejadian ini memberi impak yang mendalam kepada politik Sabah, dan dinamakan The Silent Riots sehingga hari ini.
Empangan Batang Ai menelan kos RM395 juta. Sejumlah 26 komuniti rumah panjang Iban terpaksa dipindahkan, atau ditempatkan di kawasan penempatan semula.
Setelah dipindahkan, kaum Iban bergantung kepada program pertanian yang dirancang kerajaan untuk menyara hidup. Mereka bertukar identiti dari petani kepada pekerja ladang SALCRA. Pihak berkuasa menjanjikan 5 ekar kebun getah, 3 ekar kebun koko, 2 ekar sawah padi dan 1 ekar tanah lapang di halaman untuk setiap unit rumah; namun, realiti di sebaliknya, kebun getah dan koko adalah tanah kegunaan SALCRA, 2 ekar sawah padi adalah janji kosong, hanya tanah lapang 1 ekar di halaman rumah itu adalah tanah yang dimiliki penghuni. Mereka mendapat RM8 sebagai upah harian, dan hanya bekerja 10 hingga 15 hari dalam tempoh sebulan. Lantas mereka tersepit dalam kemiskinan. Pihak kerajaan menjanjikan pampasan perpindahan, termasuk bekalan air dan elektrik percuma, dan disediakan tanaman untuk mereka. Namun, selepas berpindah, mereka mendapati rumah panjang belum siap dibina, dan terpaksa tinggal dalam kediaman sementara yang mereka bina sendiri untuk hampir setahun. Kediaman baru bukan percuma sebagaimana yang dijanjikan. Setiap unit rumah perlu membayar hutang pinjaman setinggi RM27 ribu, secara beransuran untuk 25 tahun, dengan faedah 8.5% setiap tahun. Kualiti bahan pembinaan rumah jelas tidak baik, dan janji bekalan air dan elektrik percuma hanya ditunaikan selepas 18 bulan.
Tanah hak adat dicerobohi dengan penubuhan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA). Bermulanya usahasama antara pemilik tanah tradisional dengan pemaju di bandar dan desa. Tanah hak adat digabungkan untuk ditukar kepada tanah komersial demi keuntungan. Dasar yang diumumkan Taib Mahmud telah menyediakan tanah negeri dan tanah hak adat kepada korporat swasta, malah membawa masuk buruh bergaji rendah dari Indonesia, lantas menyekat potensi pekebun tempatan yang kecil.
Ketika projek Empangan Hidroelektrik Murum dibina pada September 2008, laporan EIA-nya (Penilaian Impak Alam Sekitar) belum diluluskan; manakala penilaian impak terhadap sosial dan alam sekitar hanya dibentangkan selepas 3 tahun. International Rivers pula menganggap projek empangan ini sebagai contoh yang tidak baik (teruk).
24 ribu hektar hutan ditenggelamkan selepas projek Empangan Hidroelektrik Murum siap dibina, memberi kesan kepada habitat 300 spesies, termasuk spesies yang hampir pupus.
Menurut memorandum tersebut, kerajaan Sarawak telah menyalahgunakan kuasa autonomi dalam hal imigresen, sehingga dijadikan alat politik untuk menindas mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan. Bukan sahaja aktivis Semenanjung Malaysia yang mempertahankan alam sekitar dan hak orang asal dihalang masuk ke Sarawak, aktivis sosial tempatan Sarawak juga dihalang keluar negara, dan pasport antarabangsa mereka tidak diperbarui.
Hakim Ian Chin memutuskan bahawa penduduk Rumah Nor Nyawai, rumah panjang Iban di Bintulu memiliki hak ke atas tanah adat, termasuk tanah yang diterokai untuk penanaman, kebun sayur, tanah perkuburan, rumah panjang dan sebagainya, atau digelar Temuda. Menurut adat atau adet kaum asal, tanah hak adat mereka termasuk Pulau Galau dan antara Menua, iaitu tapak berburu dan memetik buah-buahan.
Kabinet mengambil keputusan untuk menyambung semula projek Empangan Bakun, dengan diambil alih SESCO. Empangan ini dibina mengikut rancangan asal, dengan tinggi 205 meter, menjana 2400MW tenaga elektrik, dan menelan kos antara RM5 bilion hingga RM6 bilion. Projek ini tidak merangkumi kabel bawah laut, dengan kata lain, tenaga eletrik yang terjana tidak disalurkan ke Semenanjung Malaysia, tetapi terhad untuk bekalan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan kemungkinan Kalimantan.
Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, Kementerian Pertanian menawarkan dua skim kepada pekebun kecil untuk tanaman kelapa sawit. Pertama, Program Penanaman Kelapa Sawit Pekebun Kecil (Smallholder Oil Palm Planting Program), dengan 5 hektar tanah setiap pekebun kecil disediakan; Kedua, Estet Mini Kelapa Sawit (Oil Palm Mini Estates), dengan pengurusan terpusat. Kesudahannya, hanya 130 hektar tanah ditanam untuk skim pertama, dan 1,525 hektar tanah ditanam untuk skim kedua. Skim ini dicadangkan untuk dilanjutkan ke Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), dan tanah tanaman diperluaskan kepada 8000 hektar. Namun Program Penanaman Kelapa Sawit Pekebun Kecil disekat pegawai tinggi negeri kemudiannya, kerana dianggap bertentangan dengan “Konsep Baru”.
Pada peringkat awal, 5 buah kampung baru sementara dirancang untuk dibina di Jalan Serian. Akhirnya, 3 buah kampung baru yang kekal diwujudkan di Batu 17, Batu 21 dan Batu 22 ½ Jalan Kuching Serian, dinamakan Kampung Siburan, Kampung Beratok dan Kampung Tapah.
Kaum orang asal di Sarawak kebanyakannya bergantung kepada hutan untuk sumber kehidupan, terutamanya Penan sebagai kaum yang berburu. Untuk berabad-abad, tapak mereka disempadankan mengikut tradisi dan persetujuan antara suku kaum. Mereka akan memperolehi sumber untuk melanjutkan kelansungan hidup di tapak masing-masing, memastikan kelestarian ekologi hutan.
Kumpulan Samling diasaskan oleh peniaga Sarawak, Yaw Teck Seng pada tahun 1963.
Sungguhpun Laporan Suruhanjaya Siasatan Cobbold memperlihatkan kebanyakan penduduk Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dengan Gagasan Malaysia, namun tinjauan di lapangan mendapati tidak kurang juga suara bantahan dalam kalangan masyarakat tempatan, antaranya protes yang dilancarkan SUPP. Selepas perjanjian ditandatangani pada tahun 1963, rombongan yang diutuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau suara rakyat telah berdepan dengan protes tempatan ketika tiba di Sarawak. Malah SUPP menyerahkan memorandum untuk membantah Gagasan Malaysia kepada PBB. Akhirnya, laporan PBB diumumkan, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Parti Komunis Kalimantan Utara
Ditubuhkan secara rasmi pada 19 September 1971. Asalnya digelar Sarawak Liberation League (SLL), memulakan perjuangan bersenjata pada tahun 1952. Pada tahun 1972, Parti Komunis Kalimantan Utara bergabung dengan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) untuk membentuk XXX , dan meneruskan perjuangan dengan taktik gerila.
Deklarasi Sri Aman
Pada 21 Oktober 1973, Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya’kub telah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Rakyat Kalimantan Utara di Rumah Simanggang. Deklarasi Sri Aman diisytiharkan pada tahun 1974, tetapi perjanjiannya gagal dilaksanakan. Komunis Sarawak kembali meneruskan perjuangan bersenjata.
Dengan organisasi luaran yang dibina Sarawak Liberation League (SLL, dinamakan kemudiannya Parti Komunis Kalimantan Utara) sebagai pangkalan, SUPP pernah menentang imperialisme dan penjajahan sebelum tertubuhnya Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1974, SUPP menyertai Barisan Nasional. Pada 12 Jun 2018, SUPP menarik diri dari BN, dan menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
1. Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1948: Penjajah British mengklasifikasikan tanah dengan menjeniskan tanah Sarawak kepada Tanah Mixed Zone, Kawasan Tanah Bumiputera, Tanah Adat Bumiputera, Tanah Simpan Kerajaan dan Tanah Kawasan Pedalaman. Tujuannya: Pertama, dengan membatasi non-bumiputera di Tanah Mixed Zone, bumiputera terlindung daripada dicerobohi non-muslim; Kedua, mengelakkan bumiputera menjual tanah kepada non-bumiputera.
2. Pindaan Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1954 yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1954, melarang pencabulan Tanah Adat Bumiputera dengan penebangan hutan primer, atau dengan cara-cara yang lain.
3. Pindaan Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1955 yang berkuatkuasa pada 16 April 1955, melarang penebangan hutan di Tanah Kawasan Pedalaman kecuali mendapat kebenaran kerajaan tempatan.
4. Kanun Tanah Sarawak 1958 yang digubal pada tahun 1958 menggabungkan pindaan-pindaan Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1948, memperuntukkan kuasa pendefinisian kepada pendaftaran tanah, Tanah Adat Bumiputera, Tanah yang ditukar tangan dan Tanah yang digunakan.
Untuk menentang PKM, Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney telah merangka rancangan pemindahan dengan memindahkan penduduk di sempadan hutan dan kawasan perlombongan ke Kampung Baru. Kampung Baru dipagari dengan kawat berduri, dikawal pasukan keselamatan, dan dibekalkan makanan dan ubat-ubatan.
Penduduk Kampung Baru diberi peruntukan oleh kerajaan atau MCA, dan dibekalkan kemudahan seperti jalan raya, air paip, sekolah, dewan komuniti dan lain-lain. Dari aspek penempatan semula, pekerja dari kawasan lombong, ladang getah, kilang kayu dan kilang dipindahkan ke kawasan asrama berpagar yang disediakan majikan. Kesemua kemudahan disediakan oleh majikan.
Rancangan Briggs mengenakan kawalan ketat ke atas Kampung Baru, termasuk menyekat pergerakan penduduk dengan kawat yang dipagari, mengawal bekalan makanan dan sebagainya. Untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, rancangan tersebut mengizinkan penduduk berkebun, malah berniaga dan mengusahakan industri kecil-kecilan, agar memenuhi keperluan sendiri. Sejumlah 440 buah Kampung Baru didirikan di Semenanjung Malaysia dari Jun 1950 hingga akhir 1952.
Dasar berkenaan:
Pasukan Kawalan Tempatan Persekutuan Tanah Melayu (Home Guard)
Home Guard telah ditubuhkan di Kampung Baru, oleh penduduk yang meronda dan melindungi keselamatan kampung secara sukarela. Di samping meringankan beban pasukan keselamatan, ia memperkukuhkan tekad penduduk untuk mempertahankan kampung, memupuk ketaatan terhadap “kawasan penempatan semula”, lantas menghindari pengaruh PKM.
Ditubuhkan arkitek terkenal, Wendy Teo Boon Ting pada tahun 2017. Borneo Laboratory menarik bakat seni reka, muzik, seni bina, masakan dan lain-lain, untuk menjalani eksperimen estetika antara sektor berlainan. Tumpuan diberikan untuk kerjasama melangkaui bidang dan geografi, bagi mewujudkan satu persekitaran baru untuk penghasilan karya seni bina. Hubungan antara tukang tempatan dan seni bina ditakrif semula; menyediakan wadah agar kisah yang tercicir di Borneo ditampilkan semula, untuk dijalinkan dengan dunia luar.
Tuyang bermaksud pasangan (partner) dalam bahasa Kenyah. Tuyang ialah sebuah syarikat pengurusan seni yang diterajui komuniti di Miri, Sarawak. Tuyang berusaha untuk melindungi kebudayaan bumiputera, malah menyuntik nafas baru kepada kebudayaan bumiputera melalui seni, di samping menyediakan rezeki untuk orang asal Borneo.
Organisasi yang diinisiatifkan oleh mahasiswa dan anak muda untuk membangun advokasi sosial seperti pendidikan, kebudayaan dan hak kemanusiaan.
Pada tahun 2017, aktivis mahasiswa membuat keputusan untuk menyewa ruang pejabat (Rumah Kolektif) di luar Universiti Sabah. Rumah Kolektif tersebut menjadi tempat untuk mahasiswa membangun idea dan melakukan gerak kerja.
Mendukung idealisme cakna kepada rakyat kelas bawahan; Membangun ekonomi mandiri komuniti dengan karya seni, kraftangan, tananam dan sebagainya. Mereka juga menubuhkan Sekolah Alternatif untuk menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak yang miskin dan tanpa kerakyatan di Sabah.
Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan, Liwan Lagang berkata kepada The Borneo Post pada 8 Februari, “logjam” berlaku di dua cabang utama Sungai Rajang, iaitu Sungai Linau dan Sungai Balui disebabkan longgokan sisa kayu terapung. Keadaan ini memberi kesan kepada komuniti tempatan yang bergantung kepada sungai sebagai pengangkutan utama, terutamanya penduduk di Long Jawe dan Long Busang. Sisa dan kayu terapung hanyut di atas dua batang sungai tersebut, tetapi tidak memasuki lingkungan 10km dari Empangan Bakun sebagaimana yang diketahui. Walau bagaimanapun, kerajaan Sarawak memohon agar kontraktor empangan, iaitu Sarawak Hydro Sdn Bhd menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk membersihkan kayu terapung di luar kawasan 10km dari Empangan Bakun.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 menunjukkan bahawa projek Empangan Hidroelektrik Murum telah mengalami pertambahan kos sejumlah RM530 juta. Justeru itu, anggota Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak turun ke lapangan untuk meninjau situasi sebenar di Empangan Murum. Menurut pengerusinya, Aidel Lariwoo, pertambahan kos Empangan Murum disebabkan perbelanjaan yang tidak dapat dianggarkan sebelum ini.
Pencemaran air tidak selesai sungguhpun 18 tahun berlalu, berlaku di Sungai Asap, petempatan untuk penduduk yang dipindahkan lantaran pembinaan Empangan Bakun. Air yang digunakan harian oleh 20 ribu penduduk adalah keruh, dengan warna perang, dan berisiko untuk keselamatan dan kesihatan penduduk. Tiga orang penduduk disahkan dijangkiti melioidosis, dan meninggal dunia.
Mereka menegaskan bahawa penduduk tempatan tidak pernah dibawa untuk berunding tentang rancangan pembinaan Empangan Baram. Ia bercanggah dengan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal, yang menggariskan prinsip pembangunan sebagai “bebas, sebelum berlaku, termaklum dan persetujuan”. Mereka berpandangan bahawa kerajaan harus menghentikan pembinaan Empangan Baram dengan serta-merta, juga membatalkan cadangan pembinaan 12 empangan mega di bawah rancangan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Batalkan empangan yang sedia ada, dan iktiraf hak orang asal. Mereka menyeru kerajaan semua negara, dan syarikat multinasional, juga individu yang lain supaya berhenti mengandaikan bahawa empangan adalah pembangunan yang neutral untuk iklim dan cuaca. Mereka harus mengaku bahawa empangan membebaskan gas rumah hijau dalam kuantiti yang besar, termasuk Methane.
Pada 17 hingga 23 Mei 2014, Majlis Peguam Malaysia telah meninjau keadaan di kawasan penempatan semula orang asal untuk projek empangan Murum pada tahun 2013. Mereka mendapati situasi kehidupan orang asal tempatan agak teruk, jelas berbeza daripada apa yang digambarkan kerajaan sebelum ini. Naib Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru mengkritik kerajaan kerana tidak mematuhi prinsip yang digariskan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal. Kenyataan beliau selanjutnya, :-
Pertama, pihak berkuasa masih tidak menunaikan janji peruntukan tanah 15 hektar. Lebih-lebih lagi, kaum Penan dan Kenyah tidak dapat berkebun, kerana tanah di sekitar kawasan penempatan semula itu dikuasai syarikat;
Kedua, kaum Penan dan Kenyah tidak mendapat peruntukan makanan bulanan sebanyak RM600 untuk setiap unit keluarga, sebagaimana yang dijanjikan;
Ketiga, kualiti rumah di kawasan penempatan semula agak rendah, rekahan dan retakan berlaku dalam jangka masa yang singkat, antara 6 hingga 8 bulan.
Keempat, pihak berkenaan tidak menunaikan janji untuk menyediakan perabot yang mencukupi di rumah kawasan penempatan semula;
Kelima, pihak berkenaan tidak menunaikan janji untuk menyediakan subsidi minyak, untuk pengangkutan kanak-kanak ke sekolah bagi keluarga yang dipindahkan. Lantaran daripada itu, kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki sampan. Ia adalah tidak selamat, dan bertambah bahaya ketika hujan;
Keenam, bekalan elektrik yang tidak mencukupi di kawasan penempatan semula. Di Tegulang dan Metalun, mereka hanya boleh menjana tenaga elektrik dengan generator minyak, dan hanya memperolehi elektrik untuk 12 jam dan 6 jam masing-masing setiap hari;
Ketujuh, orang Penan dan Kenyah kekurangan atau ketiadaan peluang kerja setelah berpindah ke kawasan penempatan semula. Syarikat pembalakan dan penanaman kelapa sawit kebanyakannya mengupah buruh asing untuk bekerja.
Seorang bapa bernama Minggat Nyakin, bersama anaknya Juan dibelasah sehingga cedera parah kerana menghalang pembalak daripada menebang pokok di tanah hak adat. Menurut kisahnya, mereka mendapati syarikat pembalak sedang menebang pokok buah-buahan di tanah adat, pada bahagian hulu tadahan air di Sarikei (Empangan Gerudu), lantas mereka menegur bos syarikat pembalakan yang berdekatan, malah mengancam untuk mengadu kepada polis bahawa pembalak sedang menjalankan pembalakan haram. Mereka dihantuk pada bahagian kepala, lantas jatuh tersungkur dan kemudian dibelasah.
Tiga prinsip dalam perisytiharan Taman Keamanan Penan, iaitu hak dan autonomi orang asal; hormati dan lindungi ekosistem taman, dan pembangunan sosio-ekonomi. Untuk mencapai matlamat tersebut, perisytiharan merangka 16 aktiviti. 6 daripadanya adalah untuk melaksanakan hak dan autonomi, termasuk memulihara warisan budaya, menggunakan dan mewarisi bahasa Penan, mewarisi dan menyebarkan ilmu tradisi, serta sejarah lisan. 6 lagi adalah untuk memulihara alam semula jadi dan kepelbagaian spesies, termasuk memulihara hutan purba, mempertingkatkan kesedaran terhadap alam, memulihara hutan sekunder, meningkatkan kelestarian tanah pertanian, melindungi kualiti sumber air, dan menjaga sungai. 4 selebihnya adalah untuk pembangunan ekonomi, termasuk penerokaan produk bukan balak hutan (Non timber forest product), membangunkan pelancongan komuniti, memperkasa struktur komuniti dan memperjuangkan pengiktirafan tempatan, negara dan antarabangsa.
Pada 18 Februari 2016, kerajaan Sarawak menghantar wakil daripada Jabatan Hutan untuk bertemu dengan ketua kaum Penan, membincangkan cadangan Taman Keamanan Penan yang diketengahkan kaum Penan di kawasan hulu Baram. Ini kali pertama kerajaan Sarawak berdialog dengan kaum Penan, yang paling keras penentangannya terhadap pembalakan, setelah 30 tahun perjuangan mereka sejak tahun 1980-an.
Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (SCANE) mengecam Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi Sarawak kerana membenarkan pembinaan Empangan Murum sebelum EIA diluluskan.
Empangan Bakun berdepan dengan kemarau setelah memulakan proses penakungan air pada Oktober 2010. Bahagian hilirnya, Pelagus Rapid kekurangan air, sehingga satu-satunya saluran pengangkutan tempatan diputuskan, mengakibatkan sekolah dan komuniti tempatan seolah-olah “diasingkan”.
Empangan Bakun berdepan dengan kemarau setelah memulakan proses penakungan air pada Oktober 2010. Bahagian hilirnya, Pelagus Rapid kekurangan air, sehingga satu-satunya saluran pengangkutan tempatan diputuskan, mengakibatkan sekolah dan komuniti tempatan seolah-olah “diasingkan”.
Pada April 2010, rancangan RTM 2, Galeri Nasional Mandarin, dengan tema Kesan Empangan Bakun terhadap masyarakat, dihentikan penyiarannya setelah disiarkan dua episod. Dokumentari tersebut mengisahkan nasib kira-kira 10 ribu orang asal yang ditempatkan semula di Sungai Asap dan Sungai Koyan sejak akhir tahun 1998, untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun. Menurut penerbitnya, Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM ketika itu, Jumat Engson berkata, dokumentari tersebut mungkin mengandungi temubual dan kandungan yang tidak baik untuk Pilihan Raya Kecil Sibu dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Sarawak Report memperolehi video dan laporan eksklusif untuk mendedahkan penyelewengan dalam projek pembinaan Empangan Bakun, di mana pekerja menambah kuantiti air ke dalam campuran konkrit untuk menjimatkan kos. Kualitinya tidak dikawal selia dengan sebaik-baiknya oleh pengurus di situ. Pakar mengingatkan bahawa tindakan sedemikian boleh mengakibatkan rekahan pada dinding empangan kedua terbesar di dunia ini, dan mengundang akibat yang membinasakan.
Malaysiakini (edisi bahasa Cina) mengadakan jamuan ulangtahun kelima dengan tema “Media progresif, Ruang berdialog, Media minoriti”, berjaya mengutip dana sejumlah RM30 ribu untuk disumbangkan kepada pertubuhan wartawan dan penulis untuk orang asal, sebagai galakan agar lebih banyak laporan, rakaman dan catatan kisah orang asal di Malaysia dihasilkan.
“Pertubuhan Wartawan dan Penulis Untuk Orang Asal” ditubuhkan oleh sekumpulan pengamal media dan penulis yang berpengalaman. Misi utama mereka adalah merakamkan nasib orang asal yang terpaksa dipindahkan lantaran projek Empangan Bakun, untuk disunting sebagai dokumentari.
“Iaitu, apapun projek pembangunan, haruslah dimaklumkan kepada orang asal dan mendapat restu daripada mereka dalam keadaan bebas. Sebelum ini, kerajaan Sarawak tidak memaklumkan apa-apa tentang Empangan Baram, jadi orang asal di Baram tidak sedar tentang apa yang sedang berlaku.
Khabar ini terdedah apabila maklumat ketika Jabatan Tenaga Sarawak menarik pelaburan di China pada tahun 2007 terbongkar, barulah masyarakat awam sedar bahawa rupa-rupanya kerajaan Sarawak sedang merancang untuk membina 12 buah empangan dalam sempadan Sarawak sebelum tahun 2020. Lebih 20 ribu orang asal kehilangan tempat kediaman, termasuk kaum Kenyah, Kayan dan Penan. Populasi yang dipindahkan satu kali ganda lebih tinggi berbanding populasi yang dipindahkan untuk projek Empangan Bakun.”