Skip to main content

Himpunan BERSIH pertama

2007
Himpunan BERSIH pertama

BERSIH ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Pada tahun 2007, BERSIH mengadakan perhimpunan pertama untuk memprotes terhadap sistem pilihan raya yang tidak adil. Himpunan ini disertai kira-kira 10 ribu orang peserta, merupakan demonstrasi jalanan terbesar pasca gerakan Reformasi pada tahun 1998. Gas pemedih mata dan meriam air ditembak untuk menyuraikan peserta. Kira-kira 245 orang ditangkap, dan dibebaskan selepas diambil keterangan oleh polis.

BERSIH telah mengadakan lima himpunan massa dari tahun 2007 hingga 2016, dengan kehadiran tertinggi seramai 200 ribu orang. BERSIH dianggap sebagai medium dan ruang politik yang penting untuk mendedahkan generasi muda kepada isu sosial. Malah, pengalaman saling membantu ketika dibedil gas pemedih mata dan meriam air telah membina jalinan melangkaui batas etnik antara peserta. Mereka menyelami sendiri kepelbagaian budaya dalam masyarakat, dan terpanggil untuk berdialog antara satu sama lain.