Skip to main content

Kerajaan Sarawak mengambil alih sepenuhnya Empangan Bakun

2017

Kerajaan Sarawak mengambil alih sepenuhnya Empangan Bakun

 

Ketua Menteri, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak telah mencapai persetujuan dengan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih kesemua saham Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB). SHSB ialah syarikat yang mengurus dan memiliki Empangan Bakun, berada di bawah Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sebelum ini. Menurut Abang Johari, SHSB diambil alih melalui SEB Power Sdn Bhd yang dimiliki kerajaan Sarawak, dengan RM2.5 bilion.

Kerajaan Sarawak kini memiliki 4 buah empangan, iaitu Empangan Bakun, Empangan Murum, Empangan Batang Ai dan Empangan Baleh yang bakal siap dibina. Menurut Abang Johari, empat buah empangan sudah memadai untuk memenuhi keperluan. Justeru itu, kerajaan tidak berhasrat untuk membina empangan baru, sebaliknya akan menerokai sumber tenaga dengan teknologi baru tanpa memberi kesan terhadap desa dan petempatan yang didiami penghuni.

Artikel