2000
Majalah politik bulanan, Perspektif Pedas diterbitkan
Dalam suasana politik yang menekan, di mana kebebasan bersuara dan maklumat disekat, aktivis gerakan siswa dari Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang tamat pengajian mereka, antaranya, Choong Pai Chee, Yong Kai Ping, Chuah Seong Khoon dan rakan seperjuangan mereka, telah mengasaskan majalah politik bulanan berjudul Perspektif Pedas, dengan tujuan agar rakyat disalurkan maklumat yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.
Pada peringkat awal, enam jilid pertama majalah ini diterbitkan dengan nama yang berbeza di bawah siri “Cili”. Setelah mendapat permit daripada Kementerian Dalam Negeri pada Oktober 2000, majalah ini diterbitkan atas nama Perspektif Pedas secara rasmi, dengan kelarisan kira-kira 4000 naskah untuk setiap jilid. Sejumlah 34 jilid diterbitkan sebelum majalah ini ditamatkan pada tahun 2004.
Dalam satu tulisan berjudul “Mahathir: Penamat MCA”, Perspektif Pedas melaporkan bahawa Mahathir berada di sebalik tabir untuk memanipulasi pergelutan kuasa dalaman MCA. Perspektif Pedas menerima amaran daripada KDN lantaran tulisan tersebut.