Skip to main content

Merdeka Review

2005

Merdeka Review

Persiapan untuk penubuhan MerdekaReview telah bermula pada Jun 2005, sebelum portal media ini diakses pada 10 Ogos 2005. MerdekaReview telah beroperasi sehingga tahun 2012.

Pengasasnya Ngeow Yin Ngee, berharap agar penubuhan media alternatif ini membuka saluran baru untuk mendedahkan isu yang cuba dielakkan akhbar bahasa Cina. Dengan ini, naratif dan hujah yang berbeza diketengahkan untuk mencabar suara arus perdana dalam akhbar bahasa Cina.

Latar belakang:

Setelah MCA mengambil alih Nanyang Press Holdings, disusuli perkembangan taikun balak dari Rimbunan Hijau, Sarawak melibatkan diri dalam usaha memonopoli akhbar bahasa Cina di Semenanjung Malaysia, ruang wacana bahasa Cina menjadi semakin sempit dengan suara yang homogen. Maklumat yang tidak memihak kepada parti pemerintah disekat, malah hujah yang berat sebelah bercambah dalam media bahasa Cina.